Demi untung, penjaja salah guna laluan pejalan kaki, petak parkir

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Bernama
Masih terdapat segelintir peniaga dan penjaja yang sanggup menggunakan lokasi laluan pejalan kaki dan petak parkir di sekitar ibu negara, menerusi laporan terbaharu daripada Bernama.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Antara kawasan yang terlibat termasuklah di Desan Pandan, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Wangsa Maju serta di sekitar Brickfields.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu nyata bukan sahaja mengakibatkan kesesakan lalu lintas, malah ia juga mengganggu kemudahan awam yang lain termasuklah laluan OKU dan kawasan perhentian bas.

Ada penumpang yang terpaksa berjalan kaki lebih jauh semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan bas yang disediakan.

 


Seorang penduduk di Taman Setiawangsa yang ditemubual Bernama, Muhammad Farid Abdul Wahab, 31 berkata, tindakan peniaga itu turut mengundang pelbagai masalah lain seperti pencemaran bau, selain kawasan pejalan kaki menjadi kotor kesan daripada dapur dan minyak masak.

Beliau turut meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk bertindak dengan lebih tegas terhadap golongan peniaga.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia Dr S Gobi Krishna mencadangkan supaya pihak berkuasa mengenalpasti lokasi yang tidak mengganggu jalan utama untuk memastikan kelancaran trafik, terutama melibatkan pergerakan ambulans atau bomba pada waktu kecemasan.

Ujarnya lagi, satu prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas perlu digariskan serta menyeragamkan khemah bagi memudahkan semua pihak mengenal pasti penjaja yang berniaga dengan kebenaran.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PBT itu turut menasihatkan golongan peniaga supaya lebih prihatin dan peka terhadap keselesaan…
Berita Domestik
Rakaman berdurasi 40 saat itu memperlihatkan kegigihan pemilik Myvi putih untuk keluar simpang,…