Denda RM100k untuk penjaja jalanan degil di Terengganu

oleh Mohamad Hanif|
Penjaja pelbagai jenis makanan di persimpangan lampu isyarat di Terengganu yang tidak menghentikan aktiviti itu bakal berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa di mahkamah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan tidak sah itu telah berakhir November lalu.

Menurutnya, ia adalah peringatan terakhir kepada penjaja-penjaja yang terus berkeras melanggar peraturan selepas tarikh akhir diberikan ketika rundingan telah tamat sebelum ini.

“Kita telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.
 


“Operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” katanya ketika sidang media Operasi Bersepadu Penjaja di Wisma Darul Iman hari ini.

Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Sumber: Terengganu Today

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, polis menerima rungutan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang…
Berita Domestik
  Menurutnya, semua penjaja berusia dalam lingkungan 20-an disaman ketika mereka sedang menjual di…
Informasi
  Mengikut pertuduhan kes, dia didakwa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux di bawah pengaruh…