Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda serta sabitan itu dinyatakan pada lesen memandunya.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak didakwa memandu lori tanpa kecermatan dan perhatian di jalan simpang Parit Lubok, Semerah di Batu Pahat, jam 8.15 pagi, 3 Mac tahun lalu.
Hukuman bagi Sekyen 43 (1) ialah denda hingga RM10,000 dan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 12 bulan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan yang menyebabkan kematian penunggang motosikal.
Siasatan polis mendapati sebelum kejadian, lori dipandu tertuduh keluar dari simpang untuk Kampung Parit Lubok.
Semasa tiba di lokasi, lori tertuduh dilanggar penunggang motosikal menyebabkan mangsa terjatuh di bahu jalan. Akibatnya penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah di kepala dan badan.
Siasatan mendapati tertuduh mengaku memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal pada hari kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).