Denza D9 muncul di China - MPV setaraf Alphard hasil kerjasama BYD-Mercedes

oleh Mohamad Hanif|
Di China, pihak Denza (syarikat kerjasama antara BYD & Mercedes-Benz) baharu sahaja melancarkan sebuah MPV berkuasa elektrik dengan penawaran yang mewah, digelar sebagai Denza D9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi dimensi, Denza D9 membawakan ukuran sepanjang 5,250 mm, lebar 1,960 mm dan tinggi 1,920 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,110 mm .

Di pasaran tersebut, Denza D9 ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa, iaitu hibrid DM-i atau versi elektrik sepenuhnya.
 

D9


Versi hibrid didatangkan dengan gandingan enjin Xiaoyun 1.5 liter turbo dan motor elektrik yang  mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.9 liter/100 km, serta jarak sifar emisi bermula dari 50 km hingga 180 km.

Sementara jarak pergerakan untuk satu tangki penuh pula mampu mencapai 970 km mengikut data NEDC.

Versi elektrik tulen pula dibangunkan berdasarkan pelantar e-platform 3.0 BYD yang mampu menawarkan jarak pemanduan sejauh 600 km, serta pengecasan pantas yang membolehkan jarak 150 km dicapai untuk tempoh 10 minit, atau 30 minit untuk pengecasan 30-80 peratus.
 

D9


Ruang kabin Denza D9 pula dilengkapi dengan skrin sebesar 17.3 inci di  bahagian tengah, skrin paparan kluster instrumen 10.25 inci, sistem audio Danner, paparan head-up, kerusi kapten di baris kedua, bumbung suria panorama dan bermacam kelengkapan mewah yang disediakan.

Harga jualan Denza D9 bermula dari 335,000 yuan (RM219,679) untuk versi hibrid, manakala versi EV pula dari 390,000 yuan (RM255,746).
 

D9


Ternyata model ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di pasaran China apabila ia telah menerima lebih daripada 3,000 unit tempahan dalam masa 30 minit sahaja!

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…
Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…