Denza D9 rasmi untuk pasaran Malaysia - Jarak gerak sehingga 600 km, 2 varian, dari RM259,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Model pertama sub-jenama mewah BYD, Denza D9 kini rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebagai satu lagi pesaing baharu segmen MPV elektrik.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Hadir dengan tanda harga kompetitif dalam segmennya, Denza D9 ditawarkan dengan dua varian iaitu Advanced (FWD) bermula dari RM259,000 dan varian Premium (AWD) dengan harga RM309,000.

Tampil dengan konsep luaran ‘Into the Meteor Arrow', D9 memiliki ukuran dimensi 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi dengan jarak antara roda melebihi tiga meter (3,110 mm).

 

2

 

Angka dimensi tersebut menjadikan Denza D9 lebih besar dari MPV popular yang menjadi kegilaan di Malaysia iaitu Alphard dan Vellfire, tetapi lebih kecil sedikit berbanding seterunya dari Korea iaitu Hyundai Staria.

Bermula dari varian Advanced (FWD), ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pada roda hadapan yang menghasilkan 308 HP dan 360 Nm, dengan jarak gerak sejauh 600 km (NEDC) dan kemampuan memecut dari 0-100 kmj dalam masa 9.5 saat.

Untuk varian Premium (AWD) pula, ia dikuasakan oleh dua motor elektrik pada yang menghasilkan 368 HP dan 470 Nm, dengan jarak gerak 580 km (NEDC) dan kemampuan memecut dari 0-100 kmj dalam masa 6.9 saat.

 

3

 

Kedua-dua varian menggunakan pek bateri yang sama iaitu Blade lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 103 kWh.

Dari segi pengecasan, kedua-dua varian juga menyokong pengecasan pantas DC sehingga 166 kW yang membolehkan bateri dicas dari 30-80% dalam 30 minit dan pengecasan AC sehingga 11 kW.

Bergerak ke bahagian dalaman, ciri kemewahannya terserlah dengan segala kelengkapan premium dan modern pada sebuah MPV elektrik.

 

4

 

Ruang kabin dihiasi dengan penggunaan kulit Nappa, suede dan venir kayu yang memberikan estetik mewah serta premium.

Ruang kabin itu turut dilengkapi sistem pencahayaan ambien 148 warna, skrin kluster digital 10.25 inci 3D, skrin infohibur 15.6 inci bersama sokongan sistem audio Dynaudio 14 pembesar suara dan pad pengecas tanpa wayar 50 watt

Bergerak ke tempat duduk barisan kedua, ia hadir dengan dua tempat duduk kapten bersama tambahan dua lagi pad pengecas tanpa wayar 50 watt dan dua skrin 12.8 inci yang membolehkan kawalan untuk pelbagai fungsi.

 

5

 

Di bahagian tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan juga, terdapat peti sejuk berkapasiti 6.8 liter dengan kawalan suhu dua tahap yang menawarkan pelarasan antara -6 hingga 50 darjah celsius.

Selain itu, Denza D9 memiliki ruang kargo seluas 410 liter dan boleh diperluas hingga 2,310 liter dengan tempat duduk belakang dilipat.

Istimewa sempena pelancaran rasminya, pembeli terawal akan menikmati tawaran percuma pengecas Wallbox 22 kW termasuk pemasangan, percuma servis selama 6 tahun atau 120,000 km (mana yang terdahulu), percuma bantal leher dan pinggan eksklusif Denza, serta percuma bagasi eksklusif Denza.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…
Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…
Berita Global
Dari segi dimensi, Denza D9 membawakan ukuran sepanjang 5,250 mm, lebar 1,960 mm dan tinggi 1,920…