Deretan kereta kena pecah parkir di LRT Awan Besar

oleh Penyumbang Rencana|
Tular rakaman video yang memaparkan beberapa kereta telah dipecah masuk dipercayai berlaku di stesen transit aliran ringan (LRT) Awan Besar.
Menerusi perkongsian video berdurasi 47 saat di laman TikTok @Cd Pham menunjukkan cermin hadapan beberapa kereta itu telah dipecahkan.

“4/7/2024 Awan Besar LRT ‘station’, hati-hati yang bawa kereta parkir free (percuma) bukan ada jagaan ‘guard’ (pengawal keselamatan),” tulisnya di kapsyen.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kereta-kereta itu dikatakan diparkir secara haram di tepi jalan dan bukan di kawasan parkir yang disediakan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang lengkap dengan kawalan keselamatan.

Sehubungan itu, ia membuka peluang kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan jenayah di kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menyalahkan pemilik kereta kerana parkir di tempat tidak sepatutnya dan ada juga bersimpati dengan kejadian itu.

“Semua benda nak free (percuma) agak-agak la. Kan dah susah kena tanggung akibat. Parking LRT Awan Besar ni tak adalah sesak sangat. Sengaja je tu nak park tepi jalan, menghalang laluan satu hal tak pasal-pasal jadi sempit,” kata walderz.

“Kesiannya kat owner (pemilik) kereta. Balik penat-penat kerja sampai kat tempat parking tengok keadaan kereta macam ni,” kata mamaadam.

“Ni salah satu sebab orang tak nak naik pengangkutan awam. Saya pernah kena dalam parking lagi,” kata Lyana Lyna.

Video TikTok di sini : https://www.tiktok.com/@cdpham/video/7387678269870476551?is_from_webapp=1&sender_device=pc

 

Kosmo