Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan 2026 KKR, Sabah dapat peruntukan paling tinggi

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya (KKR).

Seramai 23 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan sebelum mendapat lebih banyak suara bersetuju.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, ketika menggulung perbahasan berkata, KKR menerima peruntukan sebanyak RM9.607 bilion untuk 357 projek bagi tahun hadapan, meningkat berbanding RM9.327 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, daripada 357 projek itu sebanyak 109 membabitkan projek baharu, 228 sambungan dan 20 penyelenggaraan.

"Untuk tahun hadapan, negeri paling tinggi mendapat peruntukan adalah Sabah iaitu sebanyak RM2.175 bilion, kedua tertinggi adalah Sarawak iaitu RM1.915 bilion.

"Ia membabitkan antaranya projek Lebuhraya Pan Borneo, Sabah Sarawak Link Road, Lebuh Raya Trans Borneo, Lingkaran Tengah Utama membabitkan Kelantan - Pahang, Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dan Lorong Tambahan Plus di Johor," katanya.

Ahmad yang Ahli Parlimen Pontian berkata ketika ini KKR juga sedang mencari kaedah alternatif pembuatan jalan bagi mengatasi masalah jalan rosak.

Katanya, mulai tahun depan KKR juga akan mewujudkan makmal Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) di setiap negeri.

"Kontraktor boleh menggunakan makmal berkenaan dengan caj yang tidak mahal jika menggunakan perisian yang dibeli sendiri," katanya.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kementerian ini juga meneruskan pelaksanaan projek-projek strategik berskala besar seperti…
Berita Domestik
"Keupayaan ini akan terus dipertingkat menerusi pelancaran MyJalan 2.0 yang menyediakan integrasi…
Berita Domestik
"Pelaksanaan kerja baik pulih akan melibatkan beberapa kaedah teknik cerun seperti Tie Back Wall, …