DHL akan guna dron untuk hantar barangan anda!

oleh Mohamad Hanif|
DHL Express dengan kerjasama Pen Aviation selaku pembekal ekosistem penyelesaian industri dan Raya Airways akan bekerjasama bagi memulakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan dron tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjelang akhir 2021, DHL akan melaksanakan program pembuktian konsep (POC) dalam mendemonstrasikan kemampuan komersial penghantaran kargo menggunakan dron bagi kegunaan logistik di pelabuhan.

Menerusi perjanjian yang termeterai, kedua-dua pihak akan menggunakan dron PEN55V - sebuah dron kargo bersaiz sederhana yang akan mengambil dan menurunkan barangan dengan berat maksimum sehingga 12 kg.

Pada masa akan datang, barisan armada dron akan terdiri daripada gandingan PEN55V dan PEN1360V - sebuah dron kargo tugas berat yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan Cavok-UAS.

Menurut Julian Neo, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia & Brunei berkata, "dron kargo akan menjadi satu sistem pengangkutan generasi baharu di dalam industri logistik.

"Penggunaan teknologi dron akan membolehkan kita untuk menembusi komuniti luar bandar, terutama di Malaysia Timur di mana barangan penting seperti vaksin, ubat-ubatan serta peralatan perubatan amat diperlukan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program Accelerate to Zero (A2Z) yang ditawarkan oleh Shell Fleet Solutions membawakan rangkaian…
Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Pengumuman ini menandakan DHL Express sebagai syarikat pertama di dalam negara yang membuat…