Di sebalik tabir pembikinan iklan The Tower oleh Volvo Trucks - menara trak empat tingkat!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat Volvo Trucks sudah pasti tidak dapat melupakan iklan Jean-Claude Van Damme yang berdiri di antara dua trak Volvo FM demi mendemonstrasikan Volvo Dynamic Steering pada tahun 2013.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemudian, Volvo Trucks melakukan sesuatu yang aneh pada tahun yang sama dengan memposisikan Presiden Volvo Trucks Claes Nilsson di atas trak FMX yang tergantung di udara di dalam video The Hook. 

Idea gila-gila Volvo Trucks nampaknya muncul kembali pada tahun ini apabila mereka melancarkan empat buah model facelift trak Volvo FH, Volvo FH16, Volvo FM dan juga Volvo FMX. 

Namun, idea kali ini memang gila. 

 


Sekali lagi, Presiden Volvo Trucks Roger Alm 'ditugaskan' untuk berdiri di atas sebuah trak baharu yang dilancarkan pada ketinggian 15 meter.

Bukan, trak baharu tersebut bukanlah setinggi 15 meter, akan tetapi empat buah trak baharu yang disusun bertindih menjadi sebuah 'menara trak' yang digelar sebagai The Tower.

Berdasarkan video disebalik tabir pembikinan iklan The Tower, pasukan Volvo Trucks mengambil masa kira-kira sebulan untuk merangka strategi sebelum fasa rakaman yang mengambil tempat di Gothenburg pada penghujung tahun lalu. 

Kesemua efek khas yang digunakan, termasuklah menara trak dan Alm yang berdiri di atas menara tersebut adalah benar dan berat kesemua trak tersebut mencecah kira-kira 58 tan metrik!

Video di sebalik tabir tersebut boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun di luar sana, pembeli sebenarnya boleh mendapatkan alternatif daripada Ford Trucks. Menerusi…
Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Domestik
Dibina atas kawasan berkeluasan 1,400 meter persegi, pusat 3S baharu ini menawarkan barisan lengkap…