Didi Automotive kini pengedar rasmi motosikal Royal Enfield

oleh Mohamad Hanif|
Royal Enfield melantik Didi Automotive Sdn Bhd sebagai rakan pengedar rasmi motosikal jenama tersebut di Malaysia.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Dengan pelantikan baharu ini, ini bermakna Didi akan mengambil alih hak pengedaran daripada SNH Bhumi Corporation berkuat kuasa serta merta.

Menurut Rewi Hamid Bugo, Pengerusi DIDI Group berkata, "kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan salah satu jenama motosikal tertua di dunia dengan produksi yang berterusan.

"Kami berazam untuk meningkatkan lagi kehadiran jenama Royal Enfield di setiap negeri di Malaysia, serta memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik dari segi jualan, selepas jualan serta tunggangan.

Vimal Sumbly, ketua unit perniagaan pasaran APAC Royal Enfield menjelaskan, "jenama Royal Enfield bukanlah jenama baharu di Asia Tenggara, pengedaran Royal Enfield telah pun bertapak di Singapura sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua lagi.

"Malaysia merupakan salah satu pasaran terpenting Royal Enfield, dan kami percaya produk motosikal kami adalah sangat ideal untuk tunggangan di sepanjang landskap menarik di Malaysia, selain menawarkan pengalaman tunggangan yang tersendiri.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menggunakan platform enjin 650 Twin yang sama seperti Bear 650, Classic 650 menyerlah dengan reka…
Berita Domestik
Bear 650 menggunakan enjin 650cc Parallel Twin yang dikenali menerusi model Interceptor 650,…
Pelancaran Motosikal
Selepas kejayaan Himalayan 450, Guerrilla 450 hadir sebagai model dengan keseimbangan antara gaya…