Didi Automotive kini pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Triumph Motorcycles baru-baru ini mengumumkan pelantikan Didi Automotive sebagai rakan pengedar baharu untuk pasaran Malaysia berkuatkuasa 15 Januari 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, pihak Triumph dan Didi Automotive akan bekerjasama dalam mengendalikan urusan import, penjualan dan pengedaran motosikal Triumph di sini.

Selain itu, kedua-dua pihak turut merancang untuk membuka pusat pameran Triumph baharu terletak di Petaling Jaya dan Pulau Pinang.

Pusat pameran baharu itu bakal menawarkan pengalaman jenama yang lengkap, fasiliti serba moden, serta khidmat selepas jualan yang mampu memuaskan hati pelanggan Triumph.
 

Tigert


Malaysia merupakan pasaran penting Triumph, di mana ia merupakan salah satu daripada lima pasaran motosikal utama di dalam rantau Asean.

Didi Automotive bakal membawakan barisan lengkap motosikal Triumph, bermula dari model Trident 660 hinggalah kepada model Rocket 3 bersesaran 2.5 liter itu.

Dalam masa akan datang, Triumph bakal memperkenalkan model bersesaran kecil yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan Bajaj Automotive bagi menjadikan ia lebih mudah diakses oleh para peminat di Malaysia.
 

Triumpoh


Terdahulu, pihak Fast Bikes Sdn Bhd mengumumkan secara rasmi akan menghentikan operasi mereka sebagai pengimport dan pengedar eksklusif jenama Triumph bermula 14 Januari 2023.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Kedai eksklusif ini juga merupakan pusat yang ke-146 yang dibuka di rantau Asia Pasifik, di mana ia…