Didi Group rasmi buka Royal Enfield Studio Store di Sabah

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group selaku pengedar rasmi motosikal jenama Royal Enfield di Malaysia mengumumkan pembukaan Royal Enfield Studio Store bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Royal Enfield Studio Store KK ini merupakan kedai eksklusif Royal Enfield yang pertama di buka di Malaysia Timur, sekaligus merangkap kedai yang ke-162 di rantau Asia Pasifik.
 

Royal


Serentak dengan pembukaan rasmi Studio Store itu, Didi Group turut mengumumkan ketibaan model Super Meteor 650 yang turut  disaksikan sendiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin.

Menurut Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo berkata, "Kami teruja untuk mengumumkan ketibaan model Super Meteor 650 di Royal Enfield Studio Store pertama di Kota Kitabalu, Sabah."
 

royal


"Studio Store ini bakal menawarkan akses yang lebih besar kepada pelanggan sedia ada serta pelanggan yang berpotensi di Malaysia Timur. Dengan usaha daripada Royal Enfield dan Didi Group, kami yakin dengan keupayaan kami untuk mewujudkan kehadiran jenama ini di pasaran Malaysia.

Royal Enfield Super Meteor 650 merupakan sebuah cruiser bersesaran 648 cc yang telah pun diperlihatkan secara rasmi pada acara Art of Speed 2023.
 

c


Ia membawakan nadi parallel-twin 648 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 47 PS @ 7,250 rpm dan 52.3 Nm @ 5,650 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan klac basah.

Biarpun berkongsi nadi 650 cc yang sama dengan Continental GT 650 dan Interceptor INT 650, Super Meteor 650 boleh dikatakan sebuah motosikal dengan binaan casis serba baharu.

Baca: Royal Enfield Super Meteor 650 2023