Didi Resources dilantik sebagai pengedar rasmi untuk Piaggio dan Vespa di Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Kumpulan Piaggio (Piaggio Group) secara rasmi mengumumkan pelantikan Didi Resources Sdn Bhd di Malaysia sebagai pengedar rasmi Piaggio & Vespa, jenama skuter premium bagi syarikat tersebut.


Didi Resources Sdn Bhd akan menguruskan Piaggio dan Vespa sebagai pengganti dari pengedar terdahulu iaitu Naza Premira Sdn Bhd. Piaggio Group turut mengucapkan terima kasih kepada Naza Premira Sdn Bhd di atas segala usaha pembinaan jenama dan sokongan berterusan sejak 2010.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Gianluca Fiume, Pengerusi & Ketua Pengarah Piaggio Vietnam merangkap Naib Presiden Eksekutif Asia Pacific 2 Wheeler, berkata, "Pelantikan Didi Resources adalah sebahagian daripada strategi perniagaan Piaggio untuk menyusun semula jenama Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu entiti untuk memaksimumkan semua aspek perniagaan dan memperkukuhkan komitmen pelanggan di Malaysia. 

 

vespa

 

Dengan jenama Piaggio Group di bawah satu bumbung yang ditubuhkan di bawah konsep Motoplex, kami dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang berpotensi yang memberi pengalaman terbaik memiliki kenderaan dua roda dari negara Itali yang terkenal dengan gaya, teknologi, prestasi unggul serta warisan budaya. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Didi Resources untuk menerajui jenama ke tahap yang lebih tinggi."
 

 

 

Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn. Bhd. turut berkat,"Di samping mengendalikan Aprilia dan Moto Guzzi, kami amat berbesar hati diberikan peluang ini untuk menguruskan Piaggio dan Vespa, jenama skuter premium yang telah mengubah konsep motosikal skuter ini. 

 

Dengan pengambilalihan ini, kami kini boleh menguruskan Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di bawah konsep Motoplex ikon Piaggio Group berprestij untuk pasaran Malaysia. Didi Resources komited untuk mengukuhkan kedudukan jenama dengan memperhebat usaha pemasaran, menawarkan sokongan selepas belian dan memastikan penglibatan dengan jenama ini berterusan  di Malaysia."

 

 

Dilancarkan pada tahun 2015, Piaggio Group telah mempunyai pencapaian yang baik dengan 500 kedai Motoplex yang telah di buka di seluruh dunia; Eropah, benua Amerika, Oceania, Asia, dan India. 

 


Motoplex Stores telah beroperasi di bandar-bandar utama seperti New York, Bangkok, Tokyo, Milan, Pune, Malta, Madrid, London, Berlin, Vienna, Lisbon, Stuttgart, Sydney, Jakarta dan Bali.

 


Pelantikan rasmi Didi Resources sebagai pengimport dan pengedar tunggal untuk Piaggio dan Vespa akan berkuatkuasa bermula dari 1 Januari 2020. Rancangan untuk pembinaan Motoplex sedang dijalankan dan majlis pelancaran dijangka pada awal 2020. 


Senarai lengkap peniaga Vespa boleh didapati di https : //www.vespa.com/my_EN/store-locator.html

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…