Didi Resources lancar Pusat 3S Vespa Kota Kinabalu

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources baru-baru ini mengumumkan pembukaan rasmi pusat pameran Vespa yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat pameran ini menawarkan barisan penuh model ikonik Vespa, serta pusat servis yang menjadikannya sebagai pusat sehenti bagi para peminat dan pencinta jenama gaya hidup itu.

Bilik pameran bertaraf 3S yang dioperasikan oleh Stunning Bike (Vespa Kota Kinabalu) merupakan lokasi baharu yang dibuka selepas pembukaan pusat pameran baharu di Kuantan, Pahang dan juga di Johor Bahru, Johor.
 

Vespa KK


Ia turut menampilkan identiti korporat baharu Vespa serta kemudahan seperti ruang menunggu dan jualan pelbagai aksesori yang mampu menarik perhatian penduduk serta pelanggan Vespa di kawasan sekitar untuk melihat pelbagai jenis model yang ditawarkan.

Sebagai meraikan pembukaan pusat 3S, Didi Resources juga turut membuat percubaan menaikkan seni grafiti tertinggi menggunakan belon helium untuk mencipta kesedaran terhadap bakat-bakat tempatan.

Pusat 3S Vespa Kota Kinabalu terletak di Wisma Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…