Didi Resources lancar Vespa edisi ulang tahun ke-75 - harga dari RM23,900

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun Vespa yang ke-75, Didi Resources selaku pengedar rasmi skuter berjenama Vespa di Malaysia melancarkan model Vespa 75th Anniversary Series yang terdiri daripada Vespa Primavera 150 cc dan Vespa GTS 300 cc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua unit Vespa versi ulang tahun yang ke-75 itu didatangkan dalam warna original kuning metalik "Gialo 75th" sebagai interpretasi gaya hidup era 1940-an, diikuti dengan paparan nombor 75 pada panel sisi dan mudguard hadapan.
 

75th


Selain daripada itu, rekaan tali leher tradisional didatangkan dalam warna opaque pyrite yellow yang dikontraskan dengan balutan kulit nubuck warna smoke grey untuk pelana, rim berwarna kelabu dan kemasan krom pada sesetengah bahagian.

Vespa juga turut mendatangkan ciri tersendiri pada model khas ini dengan pemasangan rak barangan di bahagian belakang yang menempatkan beg berbentuk bulat seakan ruang simpanan tayar yang diperbuat daripada kulit nubuck velvety-soft dan didatangkan dengan pelindung kalis air.
 

TFT


Vespa Primavera 150cc dan GTS 300cc 75th Anniversary Edition itu dilengkapi dengan skrin paparan TFT bersaiz 4.3 inci berwarna, dan turut menyokong sambungan kepada peranti pintar menerusi aplikasi Vespa MIA.

Vespa juga turut menawarkan Welcome Kit untuk setiap pembeli Vespa versi ulang tahun ini yang terdiri daripada plet vintaj, buku pemilik, serta lapan keping poskad eksklusif dengan imej cerita Vespa sepanjang lapan dekad.
 

75th


Harga jualan adalah seperti berikut:
Vespa Primavera 75th Anniversary - RM23,500
Vespa GTS 300 75th Anniversary - RM38,900

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…