Digital Light - kereta mampu "berkata-kata" bagi pihak anda

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes kini tampil dengan sebuah teknologi pintar baharu yang membolehkan kereta anda "bercakap" bagi mewakili pihak anda yang mungkin agak malu-malu untuk bertegur sapa dengan masyarakat sekeliling.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Digital Light, ia hadir dengan ciri paparan mesej kepada pejalan kaki bahkan ia juga mampu "memuji" mereka dengan cara yang agak unik. 

 


Digital Light terdiri daripada set lampu jenis LED projektor berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan cip pemproses dan lebih sejuta unit pembalik cahaya mikro yang tersusun untuk membentuk suluhan cahaya dalam bentuk ikon, tulisan bahkan ilustrasi. 

 

 

Ia sebenarnya tidak terhad kepada fungsi suka-suka, malah direka untuk membantu para pemandu sebagai ciri navigasi dan bantuan keselamatan seperti amaran perubahan laluan, amaran titik buta serta amaran kelajuan. 
 


Terima kasih kepada beberapa unit kamera dan sensor pengesan yang terpasang pada kereta, ia juga mampu mengesan beberapa halangan seperti lintasan pejalan kaki, objek halangan, pembinaan dan permukaan jalan yang kurang mencengkam di hadapan. 

Menurut Ola Kallenius, jurucakap Group Research and Mercedes-Benz Car Development, Digital Light bukan sahaja memberikan kondisi lampu pemanduan yang ideal untuk setiap situasi, ia juga mampu membantu dari segi bantuan visual kepada sistem bantuan pemanduan Mercedes-Benz itu sendiri. 
 


Mungkin suatu hari nanti, akan ada pemilik kenderaan Mercedes-Benz yang melamar pasangan mereka menggunakan teknologi Digital Light ini. 

Siapa sangka, bukan?

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Harga rasmi bagi model C350e ini adalah bermula dari RM338,888 (OTR tidak termasuk insurans) dan…
Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…