Dilanggar kereta yang tiada perlindungan insurans - apa yang perlu kita buat?

oleh Mohamad Hanif|
Situasi: Anda memandu/menunggang di dalam kawasan bandar dan bersedia untuk berhenti di persimpangan lampu isyarat, manakala kereta di belakang pula mungkin pemandunya sedang sibuk melayan komen para peminat di Instagram tidak perasan aliran trafik yang semakin perlahan dan terus melanggar belakang kenderaan anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda cedera teruk, kereta/motosikal anda hancur remuk. 

Mungkin ramai di antara kita yang tahu kita boleh menuntut ganti rugi Insurans Pihak Ketiga daripada pelanggar yang mana ia sering berlaku. 


Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pelanggar tersebut tidak mempunya perlindungan insurans, anda boleh menuntut ganti rugi menerusi Motor Insurers' Bureau of West Malaysia yang lebih dikenali dengan MIB. 

Berikut adalah cara-cara untuk anda tuntut ganti rugi jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai insuran.
 

 

  • Hantar tuntutan ganti rugi anda ke MIB atau anda boleh lantik peguam bagi pihak anda.
  • Pastikan anda ingat nombor plat kenderaan yang melanggar anda. Kes langgar lari yang tiada nombor plat tidak akan diproses oleh MIB.
  • Tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh tiga (3) tahun dari hari kemalangan.
  • MIB hanya akan membayar ganti rugi jika berlaku kemalangan terhadap diri sendiri. 
  • Kerosakan kenderaan dan barang peribadi tidak akan dibayar ganti rugi.

 

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran dan maklumat kemalangan.
  • Laporan polis
  • Laporan polis dari pihak ketiga (jika ada)
  • Laporan perubatan

 


Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:

Motor Insurers' Bureau Of West Malaysia

Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +60 3-2274 7395

Jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak MIB adalah tertakluk kepada urusan MIB dan berkemungkinan besar pampasan yang diterima tidaklah sebanyak yang kita jangkakan daripada polisi insurans pihak ketiga. 

Namun, ia lebih baik daripada tiada apa-apa langsung bukan?


Maklumat penting kepada para pemandu di luar sana, Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan penjara maksimum selama tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 sekiranya sabit kesalahan memandu tanpa memiliki polisi insurans kenderaan bermotor. 

Sumber: Asklegal.my dan Duitkertas.com

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…