Dilanggar treler di SJR, pasangan Suami isteri OKU cedera

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah treler yang didakwa mengalami masalah brek merempuh sekatan jalan raya sehingga mengakibatkan pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kejadian di Persiaran Jubli Perak berhampiran susur keluar Tanah Perkuburan Seksyen 21 pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis bertugas sedang menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal jenis Honda RSX yang dinaiki kedua mangsa berumur lingkungan 40 tahun itu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10 malam sehingga jam 2 pagi di lokasi berkenaan.

"Kejadian kira-kira 11.40 malam itu berlaku apabila sebuah treler dipandu seorang lelaki warga tempatan dari arah Pelabuhan Klang ke Batu Tiga Shah Alam merempuh sekatan itu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, pelanggaran mengakibatkan dua mangsa berkenaan mengalami kecederaan di kaki, pinggang serta leher dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Shah Alam.

"Pemandu treler terlibat yang merupakan seorang lelaki warga tempatan kemudiannya ditahan sejurus selepas kejadian," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.

"Suspek mendakwa treler yang dipandunya itu mengalami masalah brek bagaimanapun kita akan hantar treler berkenaan untuk pemeriksaan Puspakom.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Tangkapan bersama kenderaan yang terlibat dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik…