Diorama Mercedes-Benz 300 SL skala 1:8 ini cuma RM99 ribu sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan harga kereta sebenar terlalu mahal dan sukar untuk didapati melainkan mempunyai akaun berjuta, ramai di antara kita yang mula menumpukan perhatian kepada model-model berskala seperti diecast dan juga model kit yang lebih murah harganya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apabila disebut murah, ia tidak melibatkan semua jenama, memandangkan terdapat juga jenama-jenama diecast yang lebih mahal harganya setanding dengan kualiti yang ditawarkan.

Seperti contoh, diorama dengan efek cuaca Mercedes-Benz 300 SL skala 1:8 yang boleh didapatkan menerusi Amalgam Car Collection.

 


Melihatkan kepada hasil ketelitian kerja yang dicurahkan, sudah pasti harga yang diminta sukar untuk diterima akal, iaitu sekitar 19,900 euro, atau RM99,700 mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

Jika anda tidak mampu, laman web itu turut menawarkan model berskala lebih kecil seperti 1:24, 1:38, dan 1:43 serta model mainan tarik belakang yang hanya berharga sekitar 7.90 euro (RM40) sahaja.

 


Selain daripada model kereta berskala, terdapat juga aksesori Mercedes SL yang lain seperti pen, klip, beg kulit, serta topi eksklusif yang diperbuat daripada kulit.

Laman web itu juga turut menyenaraikan beberapa model lain, seperti contoh model replika Mercedes-AMG F1 W11 EQ Performance yang dipandu oleh Lewis Hamilton dengan harga sekitar $8,357.00 atau RM34,372.

 

Berita Berkenaan