Dipukul kerana mabuk, pemandu lori cedera

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu lori cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai runcit berdekatan sebuah stesen minyak di Kuala Selangor pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang dalam keadaan mabuk mengalami lebam pada bahagian muka kiri dan luka di dagu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, sebelum kejadian, mangsa berusia 45 tahun itu pergi ke sebuah kedai untuk meminum minuman keras dan telah mabuk.

"Selepas itu, mangsa menaiki motosikal ke sebuah kedai runcit sebelum masuk ke dalam kedai berkenaan.

"Bagaimanapun, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki dianggarkan seramai 20 orang telah mengepung mangsa dan empat daripada mereka telah memukul lelaki itu dengan menggunakan topi kaledar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ramli berkata, mangsa tidak mengetahui punca dia dipukul dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku disebabkan berada dalam keadaan mabuk.

"Mangsa menyatakan tidak mempunyai musuh dan tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak," ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tanjong Karang.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera menggunakan topi keledar dan usaha untuk mengesan suspek giat dijalankan," jelasnya.

 

Sinar Harian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…