Direct Cars ubah Hilux GR Sport jadi trak camper, dari RM404k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada motorhome dan kereta camper yang menggunakan asas daripada van, terdapat juga pihak yang mengubah trak pikap untuk dijadikan sebagai sebuah pilihan untuk melakukan aktiviti di luar grid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Jepun, Direct Cars baru-baru ini memperlihatkan BR75 SUV Adventure Camper di mana seperti yang anda lihat, ia dibangun menggunakan asas daripada Toyota Hilux.
 

BR75


Perkara utama yang anda perasan pada model trak camper ini ialah bed belakang yang telah digantikan sepenuhnya dengan struktur binaan yang besar dan aerodinamik bagi menempatkan ruang untuk berehat dan memasak.

Ruang tersebut boleh diakses dengan mudah menerusi bukaan pada belakang kabin, bermakna anda tidak perlu keluar dari kenderaan semata-mata untuk pergi ke ruang belakang, terutama pada waktu malam atau cuaca buruk.
 

BR75


Direct Cars menawarkan kemasan yang mewah seperti panel kayu, lantai stail jubin, sistem pencahayaan dalaman serta sistem pendingin hawa saiz penuh yang biasanya dipasang di rumah kediaman.

Ruang rehat yang besar itu boleh ditukarkan menjadi tempat tidur berukuran sepanjang 2,300 mm, dan terdapat tilam tambahan di atas kabin sepanjang 1,660 mm yang boleh memuatkan dua orang kanak-kanak.

Struktur yang besar itu membolehkan sebuah lagi ruang kecil dimuatkan untuk kegunaan sebagai bilik mandi dengan rekaan lantai kalis air dan terdapat beberapa ruang storan tambahan yang disediakan.
 

BR75


BR75 mempunyai bateri sekunder sebesar 200 Ah, dibantu dengan panel solar bumbung berkuasa 200W, tangki air sebesar 85 liter, tangki tambahan 20 liter serta tangki air terpakai 45 liter, dan tidak ketinggalan outlet kuasa yang boleh didapati pada ruang tamu dan dua outlet kuasa tambahan pada bahagian belakang.

Bagaimana pula dengan bed belakang yang telah dicabut itu tadi?

Pihak Direct Cars berjaya mengubah struktur itu menjadi sebuah trailer yang berasingan, dan ia boleh dibawa sekali untuk dijadikan sebagai ruang storan tambahan.
 

BR75


Terdapat dua varian yang ditawarkan oleh Direct Cars, di mana versi yang paling murah menggunakan asas daripada Hilux Z dengan tanda harga bermula dari 10,980,000 yen (RM356,389).

Versi spesifikasi penuh pula menggunakan asas daripada Hilux GR Sport, dan dijual pada harga bermula dari 12,450,000 yen (RM404,102).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka itu baru sahaja dinaikkan pada September lalu yang sebelum ini berkuasa 201 hp dan tork…
Pelancaran
Toyota Hilux GR Sport 2023 dilancarkan bersempena dengan Toyota Gazoo Racing Festival yang bakal…
Berita Global
  HiLux GR Sport bukan lawan kepada Ford Ranger Raptor namun satu permulaan bagus sekiranya…