Direct Lending dan Petronas AutoExpert perkenal pelan ansuran servis kereta patuh Syariah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Platform pinjaman digital, Direct Lending dan salah satu jenama penyedia servis kereta yang diiktiraf, Petronas AutoExpert telah mengumumkan kerjasama untuk menyediakan pelan ansuran servis kereta digital sepenuhnya yang patuh Syariah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui kerjasama itu, Petronas AutoExpert akan menggunakan model ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL), bagi menjadikan perkhidmatan servis kereta lebih ringkas dan mudah diakses, sekaligus mengurangkan beban pelanggan.

Ianya akan tersedia di mana-mana 55 pusat Petronas AutoExpert di seluruh negara, di mana pelanggan dapat melakukan pembayaran mereka dalam tempoh maksimum sehingga 12 bulan.

Pusat Petronas AutoExpert pula akan menerima bil invois secara penuh terlebih dahulu, di mana ianya secara tidak langsung mempromosikan aliran tunai yang sihat dan berpotensi meningkatkan jualan.

2

 

Untuk mendapatkan pembiayaan tersebut, pelanggan hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah melalui telefon pintar, iaitu:

  • Isi butiran peribadi anda
  • Tunjukkan kad pengenalan bersama penyata bank selama tiga bulan
  • Buat bayaran pertama dan tandatangan perjanjian pembiayaan

Para pelanggan juga boleh memohon pelan ansuran tersebut melalui imbasan kod QR yang disediakan di semua pusat Petronas AutoExpert terlibat.

Selain itu, semua kakitangan Petronas juga dapat menikmati kadar pembiayaan yang lebih rendah apabila menggunakan pelan ansuran itu di mana-mana pusat Petronas AutoExpert.

Tawaran istimewa itu juga sejajar dengan matlamat syarikat untuk meningkatkan gaya hidup pekerja termasuk para pelanggannya.