Menurut polis siasatan awal mendapati pemandu kereta, seorang lelaki berusia 23 tahun, dipercayai memandu laju sambil memintas dua kenderaan lain dari arah Kunak menuju ke Hospital Tawau. Kereta tersebut hilang kawalan, terbabas ke kanan jalan, dan melanggar mangsa yang sedang bertugas bersama dua rakan sekerja.
Pemandu tersebut ditahan untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel sepenuhnya di BuletinTV3