Dirempuh pemandu mabuk langgar lampu merah, suami isteri maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di simpang empat lampu isyarat Jalan Besar/Jalan Mesjid di Pasir Gudang, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada jam 4 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda Vario dinaiki pasangan itu dengan kereta Perodua Alza.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta berkenaan datang dari arah Jalan Besar menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.

“Sampai di lokasi kejadian iaitu simpang empat berlampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan dalam keadaan lampu isyarat merah menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.

“Pada masa sama motosikal pasangan terbabit meneruskan perjalanan menghala ke bandar raya ini sebelum berlaku pelanggaran,” katanya satu dalam kenyataan.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pembonceng wanita berusia 36 tahun cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, pemandu kereta berkenaan iaitu lelaki berusia 34 tahun ditahan kerana dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.

"Siasatan dilakukan bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu bawah pengaruh minuman yang memabukkan dan menyebabkan kematian," jelasnya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, suspek kemudian berjaya ditahan oleh anggota trafik dari Balai Polis Bayan Lepas di…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta telah memandu kenderaan itu dengan kandungan…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bertugas itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam…