Disebabkan terlalu popular, SUV off-road Ford Bronco bakal miliki pusat pameran tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model baharu yang penting buat syarikat Ford pada masa kini selain daripada Ford F-150 tidak lain dan tidak bukan adalah Ford Bronco.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun masih lagi belum tiba di pusat pameran sah Ford di Amerika Syarikat, tempahan yang diterima oleh Ford amat menggalakkan, malah versi First Edition of Bucking Horse juga habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja selepas dilancarkan tahun lalu!

 


Disebabkan populariti yang kian meningkat, beberapa pengedar Blue Oval sedang mempertimbangkan untuk membuka pusat pameran khusus untuk Ford Bronco, Bronco Sport, dan model Bronco yang sedang dirancangkan pada masa akan datang.

Menurut laporan daripada Automotive News, Ford telah menerima permohonan daripada beberapa buah pengedar untuk mendirikan pusat pameran Bronco, malah akan meningkatkan peruntukan stok Bronco bagi pengedar yang mengambil bahagian.

 


Ford menjangkakan 100 buah pengedar akan turut serta dalam projek pusat pameran Bronco ini yang bukan sekadar menawarkan jualan Ford Bronco, malah menjual pelbagai jenis aksesori untuk dipadankan pada SUV tersebut.

Walaupun secara fizikalnya Ford Bronco masih lagi tidak kelihatan di pusat pameran, Ford mengumumkan 65 peratus daripada tempahan telah pun ditukar kepada jualan, malah Ford Bronco Sport telah pun dijual sebanyak 23,356 unit ketika suku pertama tahun 2021!

 


Penghantaran Ford Bronco hanya akan bermula pada Jun ini.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…