Disebalik tabir - aksi lasak Defender dalam filem 'No Time To Die'

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu cara untuk membuktikan kelasakan Defender di dalam dunia nyata adalah dengan menerusi penggambaran filem aksi lasak, seperti yang dilakukan oleh Land Rover.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi satu video ringkas berdurasi satu minit, beberapa unit Land Rover Defender terlibat dalam satu aksi berani mati yang dilakukan oleh pemandu aksi lasak demi filem terbaharu Bond 'No Time To Die'. 


 


Walaupun seperti mana yang kita tahu, tidak kesemua aksi lasak tersebut akan ditayangkan di layar perak, video ringkas itu cukup untuk menggambarkan bagaimana karakteristik pemanduan Land Rover Defender terutama di jalan yang tidak serupa jalan itu. 

Malah, dalam satu seksyen, tiga Defender telah 'dilepaskan' ke udara sebelum melalui laluan yang lebih ekstrem dalam kelajuan tinggi merentas sungai dan lumpur. 
 


Difahamkan, sebanyak 10 unit Land Rover Defender standard tanpa sebarang modifikasi (ya!) telah digunakan untuk aksi lasak filem 'No Time To Die' termasuklah Defender yang ketujuh dengan nombor VIN 007.

Hal ini diakui sendiri oleh pengarah bahagian urusan kenderaan, Nick Collins di mana mereka sendiri tidak melakukan sebarang modifikasi terhadap struktur badan kecuali memasang sangkar keselamatan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga.
 


"Kami membangunkan standard ujian baharu untuk Defender, termasuklah ujian loncatan dari jambatan untuk menguji kekuatan fizikal dan kelasakan Land Rover Defender demi menjayakan aksi tahan lasak di dalam filem ini," ujar beliau.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…