Disebalik tabir pameran Honda Civic World di Twin Ring Motegi, Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di litar terkenal Twin Ring Motegi, Honda kini sedang mengadakan pameran khusus Civic World yang menempatkan kira-kira 17 buah kereta, terdiri daripada kereta Honda Civic standard kilang sehinggalah kepada jentera lumba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran tersebut sudah pun dibuka kepada umum pada 30 Oktober tahun lalu sehingga 17 Mac, namun Honda kini memberikan peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke pameran tersebut sehingga 31 Mei ini.
 

 


Antara model yang dipamerkan adalah generasi pertama Honda Civic CVCC 1973, di mana ia merupakan model pertama yang melepasi ujian pelepasan emisi Muskie Clean Air Act (disifatkan sebagai ujian paling ketat pada ketika itu) tanpa sebarang penggunaan pengubah bermangkin (catalytic converter).

Selain daripada itu, terdapat juga Civic RS (membawa maksud Road Sailing) merupakan model prestasi pertama Civic yang dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa, karburetor berkembar, transmisi manual lima kelajuan, tayar radial, dan tempat duduk semi-bucket.

 


Selain daripada kereta standard, Honda juga turut membawakan beberapa unit jentera lumba Civic dari setiap era seperti contoh Yamato Civic yang memenangi Fuji Grand Champion pada tahun 1983, Group A Motul Mugen Civic (All-Japan Touring Car Championship 1987), serta Idemitsu Motion Mugen Civic (All-Japan Touring Car Championship Class 3 1990).

Sayang sekali, pameran sebegini tidak dapat kita lihat menerusi skrin laptop, ataupun peranti pintar.

 


Menurut informasi daripada laman web Honda, bayaran tiket masuk adalah bermula dari 600 yen (RM22.70) untuk kanak-kanak dan 1,200 yen (RM45.40) untuk orang dewasa, sementara caj parkir pula adalah bermula dari 500 yen (RM18.92) untuk motosikal dan 1,000 yen (RM37.84) untuk kereta.

Pautan video dibawah merupakan kisah di sebalik pameran Honda Civic World, dan anda boleh melihat sendiri bagaimana dedikasinya para pekerja Honda dalam mengendalikan sejarah dan warisan kereta kompak yang membentuk sejarah Honda itu sendiri.

 

Sumber imej: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia…
Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…