Disinfeksi besar-besaran di Zhengzhou, China; 140 kenderaan, 330 tenaga kerja, 6,500 kg pembasmi kuman

oleh SALINA JALIL|
Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di kota Zhengzhou, ibu kota wilayah ini di tengah China, susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini.


Langkah pencegahan dan pengawalan bagi membendung penularan wabak itu, meliputi tempat awam dilakukan mulai jam 10 malam pada Jumaat sehingga ke awal pagi Sabtu.


Kawasan-kawasan yang disasarkan termasuk stesen kereta api, hospital, pusat membeli belah dan lebih 1,700 jalan utama di bandar Zhengzhou, wilayah Henan, China.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Trak digunakan untuk melaksanakan prosedur berkenaan, selain disertai petugas kesihatan.

 

"Kami menyediakan 140 kenderaan bersaiz besar, kecil dan sederhana untuk proses semburan pembasmian kuman di daerah Erqi dan menghantar lebih 330 orang untuk kerja disinfeksi itu.

"Secara keseluruhan, kami memerlukan 6,500 kilogram pembasmi kuman, yang boleh meliputi 256 jalan di Erqi," kata Tan Yuxia, kakitangan Pusat Perkhidmatan Sanitasi Daerah Erqi.

 

"Kami memilih melakukannya pada waktu malam kerana ia membabitkan banyak kenderaan pembasmi kuman dan meliputi satu kawasan yang luas.

 

"Kita perlu mengelakkan kesan terhadap perjalanan awam," kata seorang pegawai majlis perbandaran.

 

Daerah Erqi yang menjadi sasaran majoritinya didiami komuniti yang diklasifikasi sebagai berisiko sederhana dan tinggi.

 

Menurut pihak berkuasa kesihatan wilayah itu pada Jumaat, Henan melaporkan 21 kes Covid-19 jangkitan tempatan dan 102 kes tidak bergejala dari 31 Julai hingga 5 Ogos.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…