Diskaun 50% saman trafik dari 5 Hingga 9 November

oleh Penyumbang Rencana|
Polis trafik menawarkan diskaun 50 peratus bermula dari 5 hingga 9 November 2024.

Inisiatif yang dikongsi oleh Jabatan Polis Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) di laman Facebook rasmi mereka, bertujuan untuk menggalakkan pembayaran saman tepat pada masanya sambil mempromosikan transaksi tanpa tunai,

Diskaun 50 peratus ini adalah untuk semua jenis saman trafik, tetapi terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Antara saman yang tidak layak mendapat diskaun ini adalah:

1. Saman kemalangan
2. Saman Bicara Mahkamah
3. Kategori Tidak Boleh Kompaun(N/C)
4. Memotong Secara Berbahaya Potong 'Q'
5. Menggunakan Lorong Kecemasan
6. Tidak Mematuhi Isyarat Lampu Merah
7. Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat/Lori
8. Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
9. Saman Berstatus Op Selamat
10.Saman Kesalahan Memotong Di Garisan Berkembar


Kaunter pembayaran akan dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang dan hanya di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee.

FacebookJSPT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara cadangan ganjaran tersebut ialah diskaun saman trafik kepada mereka yang aktif melaporkan…
Berita Domestik
Sehubungan itu, Anthony Loke menggesa orang ramai yang mempunyai saman tertunggak supaya mengambil…
Informasi
"Semua rakyat dipelawa mengambil tawaran keemasan pengurangan saman bagi melangsaikan tunggakan…