Diskaun 50% untuk tambang motosikal, basikal yang guna feri Pulau Pinang

oleh SALINA JALIL|
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan membiayai 50 peratus tambang feri bagi motosikal dan basikal selama enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan.


Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, pembiayaan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM58,333 sebulan atau RM350,000 bagi tempoh enam bulan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

“Pada masa ini, tambang feri yang dibayar oleh penunggang motosikal ialah RM2, manakala RM1.20 bagi penunggang basikal. 

 

“Dengan pemberian 50 peratus diskaun, penunggang motosikal hanya perlu membayar RM1 manakala penunggang basikal hanya 60 sen,” katanya dalam sidang akhbar.

 

Menurut beliau, pembiayaan itu  bertujuan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia. 

 

“Perkhidmatan feri adalah salah satu pengangkutan awam yang sangat penting, jika dibandingkan sebelum penularan Covid-19 hampir 600,000 pengguna motosikal dan basikal telah menggunakan perkhidmatan feri. 

 

 

“Setelah feri Pulau Pinang diserahkan kepada SPPP pada 1 Januari 2021, pada tahun ini sebanyak 300,000 penumpang motosikal dan basikal telah menggunakan perkhidmatan feri,” katanya. 

 

Tambahnya, pengguna kenderaan tersebut  akan melalui kaunter tiket seperti biasa dan tambang akan terus ditolak diskaun secara automatik. 

 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Pusat telah bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM30 juta apabila SPPP mengambil alih semula perkhidmatan feri Pulau Pinang yang mana RM15 juta disalurkan tahun ini manakala baki RM15 juta lagi tahun depan. 

 

“Peruntukan RM30 juta ini adalah bagi membiayai pembelian lima buah feri baharu oleh SPPP, maklumat lanjut mengenai feri baharu ini akan diumumkan kelak. 

 

“Feri yang lama telah dipajak oleh tiga syarikat pada 1 Julai lalu untuk dijadikan produk pelancongan di negeri ini antaranya restoran terapung dan muzium,” katanya. –

 

 

 

Utusan

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos…
Berita Domestik
Insiden pada jam 3.26 pagi itu berlaku susulan air laut surut mengakibatkan feri dinamakan Pulau…
Berita Domestik
“Sepanjang bulan ini, PPSB sentiasa memantau komen orang ramai dan kebimbangan mengenai…