"Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta yang tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ka Siong berkata, pengurangan saman itu dilaksanakan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti portal mySIKAP JPJ, kiosk JPJ dan JPJ Mobile.
Katanya, bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dilakukan.