Diskaun saman - JPJ tawar sehingga 70 peratus pengurangan saman

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada 3.5 juta notis saman yang masih aktif.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tawaran berkenaan bermula esok kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk kes dalam tindakan senarai hitam.



Bagaimanapun, pengurangan saman berkenaan tidak termasuk kes dalam sebutan mahkamah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sejak 2010 sehingga Mac tahun ini, kita dapati sebanyak 3.5 juta saman masih aktif yang belum diselesaikan.

 

"Jadi dengan tawaran yang dilaksanakan ini, kita harap supaya individu berkenaan dapat membayar saman yang tertunggak itu.

 

"Selain itu saya harap pembayaran saman berkenaan dapat dijalankan secara atas talian menggunakan portal JPJ bagi melancarkan proses berkenaan," katanya dalam sidang media selepas majlis Sambutan Ulangtahun JPJ ke-75, di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, pengurangan saman yang dilaksanakan itu sedikit berbeza kerana tempoh yang diberikan lebih lama iaitu dua bulan berbanding sebulan sebelum ini.

 

Dalam majlis yang sama, Ka Siong turut memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian yang dikenali sebagai JPJeQ.

 

"JPJeQ ini adalah aplikasi yang membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR bagi mendapatkan nombor giliran.

 

"Sistem ini juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan berkeperluan khas. Ia dibangunkan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mengamalkan norma baharu Covid-19," katanya.

 

Sementara itu, dalam majlis yang sama Ka Siong turut melancarkan siri nombor pendaftaran 'FD' bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida hari ini sehingga 16 April, jam 10 malam.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…