Ditahan polis 22 km dari rumah, lelaki ini beri alasan main 'Pokemon Go'

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Digital Trends
Seorang lelaki di UK telah didenda sebanyak £200 (RM1,105) akibat kesalahan ingkar arahan perintah lockdown yang sedang dilaksanakan di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan BBC, lelaki tersebut didapati memandu sejauh 22 km dari rumahnya di Bedworth ke Kenilworth atas alasan 'untuk mencari Pokemon'.

Pihak polis telah mendenda lelaki tersebut kerana melanggar syarat untuk tidak meninggalkan rumah atau berada di luar tanpa alasan yang munasabah.

Bagi mereka yang tidak tahu, terdapat permainan mudah alih Pokemon Go yang boleh dimainkan menerusi peranti pintar, di mana ia membolehkan pemain berjalan ke mana sahaja untuk mendapatkan spesies Pokemon berpandukan peta maya.

Walaupun pada ketika ini pihak berkuasa Malaysia tidak melarang rakyat daripada melepasi 10 km radius dari rumah kediaman, adalah dinasihatkan supaya anda tidak sekali-kali menggunakan alasan bermain Pokemon Go ketika sedang melintasi sekatan jalan raya.

Sumber: BBC