Ditetak akibat selisih faham isu parkir, mangsa terima 35 jahitan

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari video viral
Seorang lelaki cedera ditetak dengan sebilah pisau pemotong pada bahagian kepala dan tangan akibat perselisihan faham mengenai parkir di Pekan Kepong, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira 6 petang.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 28 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter (cm).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Mangsa iaitu lelaki berusia 24 tahun yang cedera dikejarkan ke hospital dan menerima 35 jahitan.

"Berikutan itu, suspek ditahan di lokasi kejadian kira-kira 6.45 petang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, suspek akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di laman media sosial X berhubung kejadian berkenaan.

Video rakaman orang awam itu memaparkan pergaduhan antara dua lelaki terbabit sebelum berakhir dengan salah seorang mereka cedera akibat diserang suspek menggunakan pisau.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima…