"Suspek lelaki itu dikatakan telah bertindak sebagai orang tengah mencari kereta terpakai untuk dibekalkan kepada mangsa, dan berjanji akan menghantar kesemua kereta bernilai RM158,800 itu.
"Mangsa telah bersetuju dengan tawaran berkenaan dan membuat pembayaran secara berperingkat iaitu sebanyak 12 kali ke dalam akaun peribadi suspek bermula Jun sehingga awal Ogos 2020," katanya menerusi kenyataan media.
Bagaimanapun, selepas Ogos 2020 Mohd Wazir berkata, mangsa gagal menghubungi lelaki terbabit dan mengambil masa bertanya rakan-rakan yang lain perihal suspek sebelum berasa tertipu serta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.