Divisyen SRT dibubarkan!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Stellantis terbentuk daripada gabungan FCA-PSA, terdapat khabar angin di mana beberapa jenama yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan dikeluarkan daripada jenama tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam laporan terbaharu, berita tersebut dinafikan, dan jenama yang dimaksudkan itu (Lancia) dikatakan bakal ditranformasikan menjadi sebuah jenama yang lebih premium bersama-sama jenama Chrysler.

Akan tetapi, dalam satu laporan yang berbeza dikeluarkan oleh Mopar Insider, Stellantis dikatakan akan membubarkan divisyen yang terkenal menghasilkan kereta-kereta pantas, Street and Racing Technology (SRT).

Namun, pembubaran tersebut bukanlah bersifat kekal, ini kerana menurut jurucakap Stellantis, divisyen SRT sebenarnya telah pun diserap ke dalam organisasi kejuruteraan global syarikat tersebut.

"Langkah ini akan memberikan manfaat dua hala dalam usaha untuk memastikan penawaran produk SRT serta produk berorientasikan prestasi akan tetap memenuhi piawaian serta standard tertinggi yang telah ditetapkan.

Ini bermakna, penawaran, penjualan serta pembangunan produk berjenama SRT di bawah Dodge, Jeep dan RAM masih lagi diteruskan, dan berkemungkinan besar ia akan diperluaskan kepada jenama-jenama lain di bawah Stellantis.

Sumber: Mopar Insiders

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…