Dodge Charger Ute untuk disambar di Bring A Trailer, enjin V8 Hemi 340 hp/529 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Kalau ute dari pasaran Australia, itu sudah biasa kita dengar, namun ini merupakan kali pertama penulis mendengar kehadiran sebuah model ute moden yang dijual di pasaran Amerika, Dodge Charger Ute.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang dipaparkan dalam artikel kali ini merupakan unit sebenar sebuah Dodge Charger yang telah mendapat kit penukaran kepada sebuah ute yang dihasilkan oleh Smyth Performance.

 


Berdasarkan informasi daripada laman web Bring A Trailer, Dodge Charger ini mendapat perubahan seperti bed pikap daripada keluli, panel gentian kaca, tingkap suku dan belakang, struktur bumbung aluminium, peningkatan terhadap struktur tiang B, lantai ruang kargo aluminium dan diakhiri dengan pemasangan unit lampu belakang daripada minivan Chrysler.

Dari segi luaran, ia menampilkan muka depan asal sedan Dodge Charger generasi keenam dengan layangan warna hitam, rim stail Hellcat bersaiz 20 inci, serta angkup brek berwarna jingga.

 


Sementara ruang dalaman pula masih kekal dengan penggunaan unit audio AM/FM/kaset/CD standard kilang, sistem kawalan iklim dua zon, dan tempat duduk dengan ciri pemanas.

Unit trenkuasa yang menggerakkan ute moden ini adalah enjin Hemi V8 5.7 liter yang menghasilkan 340 kuasa kuda dan 529 Nm memacu roda belakang menerusi transmisi automatik lima nisbah kelajuan.

Antara modifikasi yang dibuat termasuklah penggunaan spring rendah Eibach, peredam Koni, serta pemasangan tip ekzos berbentuk petak.

 


Menurut dokumen servis, kereta ini mempunyai jarak perbatuan 109 ribu km dan mempunyai rekod servis yang cukup baik, di mana sejak tahun 2018 ia telah pun menukar beberapa komponen pakai lusuh seperti brek, komponen stereng, suspensi hadapan, alternator, bateri, tangki coolant dan penapis udara.

Ketika artikel ini ditulis, laman web Bring A Trailer mencatatkan bidaan tertinggi bernilai $8,500 (RM34,374), dan tawaran ini akan berakhir dalam masa lima hari lagi.

Sumber: Bring A Trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laman di Australia, video itu nampaknya telah dirakam di halaman holding Sydney dan kereta…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan,…