Dodge dedah imej sebenar Charger Daytona EV

oleh Mohamad Hanif|
Dodge memulakan tahun baharu 2024 dengan memuat naik imej sebenar model Charger generasi baharu yang bakal menggantikan tempat sedan Charger dan coupe Challenger yang telah ditamatkan produksi beberapa minggu lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang langsung tidak ditampal sebarang pelekat samaran itu menunjukkan persamaan rekaan yang ketara dengan model konsep Dodge Charger Daytona SRT EV yang diperlihatkan sebelum ini.
 

EV


Bahagian depan membawakan rekaan lampu yang lebih ringkas, diikuti dengan bar lampu LED yang melintang penuh.

Jika anda lihat dengan lebih teliti, terdapat logo Fratzonic pada bahagian jeriji, memberikan bayangan ia sebenarnya sebuah model EV dengan sistem bunyi "Fratzonic Chambered Exhaust".
 

EV


Selain itu, terdapat sekeping gambar dari sudut belakang, di mana tidak kelihatan sebarang tip ekzos yang biasanya kita lihat pada kereta berenjin pembakaran dalaman.

Menariknya, dalam laporan terdahulu, selain daripada Dodge Charger Daytona berkuasa elektrik, Dodge akan turut sama menawarkan model berenjin pembakaran dalaman dengan nadi enam silinder sebaris turbo berkembar.

Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Sistem runut bunyi ekzos Fratzonic Dodge Charger Daytona SRT Concept
Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept ada sembilan tahap kuasa

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, pelanggan Dodge tidak lagi boleh mendapatkan Dodge Charger dan Challenger baharu…
Berita Global
Baru-baru ini, pada acara SEMA 2022 yang diadakan di Las Vegas, Dodge telah mendedahkan konsep…