Dodge perdengar bunyi 'ekzos' Fratzonic Charger Daytona SRT Concept EV

oleh Mohamad Hanif|
sumber: InterUnetAutomotive
Bayangkan, pada masa hadapan, pengeluar kereta seperti Dodge tidak lagi menjual kereta muscle dengan nadi bentangan V8, sebaliknya hanya menjual kereta muscle berkuasa elektrik yang diiringi dengan 'sistem bunyi' seakan bunyi enjin sebenar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu yang cuba digambarkan oleh Dodge menerusi model Charger Daytona SRT Concept EV, di mana ia didatangkan dengan sistem ekzos yang dinamakan sebagai Fratzonic Chambered Exhaust System.

Pada mula sistem ekzos 'palsu' ini diperlihatkan kepada umum, ia masih lagi kedengaran seperti bunyi ekzos elektronik, namun Dodge pada ketika itu mengesahkan sistem tersebut masih lagi dalam pembangunan.

 


Bunyi yang telah dikemaskini itu anda boleh dengar menerusi saluran YouTube InterUnetAutomotive, di mana sistem Fratzonic itu kini berupaya menghasilkan bunyi yang lebih garang dan berisi, seakan sebuah kereta muscle dengan nadi V8 yang sebenar.

Menurut Dodge, model Charger Daytona SRT Concept ini menggunakan senibina 400-voltan dengan pilihan output kuasa bermula dari 455 hp hingga 670 hp.

Mereka yang mahukan lebih kuasa boleh mendapatkan model Banshee SRT 800-voltan dengan tiga pilihan output kuasa yang mampu mencecah sehingga 800 hp.
 

Dodge


Menurut laporan terdahulu, versi produksi model Charger Daytona SRT Concept EV ini dijangka akan muncul pada tahun 2024.

Baca: Dodge Charger Daytona SRT dengan sembilan tahap kuasa

Baca: Dodge Charger Daytona SRT Concept EV