Dokumen varian Saga MC2 tertiris, ESC untuk varian 1.3 Standard AT!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita maklum, Proton kini sedang sibuk menguji Saga facelift (atau lebih dikenali sebagai Saga MC2) menerusi beberapa keping gambar intipan yang diperoleh. Malah ada beberapa rakan media yang sudah pun memuat naik gambar Saga yang sedang dipasang dalam kilang Proton itu sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam perkembangan terbaharu, muncul pula dokumen dalaman yang memaparkan perubahan yang bakal dibawakan pada model sedan terlaris Proton itu.

Perinciannya seperti berikut:

 

1. Penambahan varian baharu.

Saga


Berdasarkan dokumen tersebut, Proton bakal menambah satu lagi varian baharu iaitu Premium S AT menyertai varian sedia ada (Standard MT, Standard AT, Premum AT).

Kami menjangkakan Saga akan terus mengekalkan enjin 1.3 liter yang sama, dengan kuasa 95 PS dan 120 Nm dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan, dan menariknya penawaran transmisi manual masih lagi dikekalkan, tidak seperti penawaran pada Iriz dan Persona.

 

2. Perubahan

Saga


Proton Saga dijangka membawakan perubahan yang minima di bahagian luar, diikuti dengan perubahan pada panel sistem kawalan pendingin hawa, panel tengah sistem audio, serta rekaan corong pendingin hawa.

Varian 1.3 Premium AT dijangka membawakan rekaan rim baharu bersaiz 15 inci, serta skrin sesentuh bersaiz tujuh inci yang telah dikemaskini.

Varian terbaharu Premium S AT pula membawakan pelbagai perubahan seperti kit badan, cermin sisi auto lipat, serta rim bersaiz 15 inci, sementara ruang dalaman pula menampilkan kombinasi meter baharu, roda stereng balutan leatherette, tempat duduk semi leatherette, butang pandu mula, kemasukan tanpa kunci, lampu dalam malap sendiri serta kemasan berwarna hitam.

 

3. Keselamatan

Saga


Secara standard, Proton Saga masih lagi dilengkapi dengan dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, BA, penderia undur, serta cagak ISOFIX untuk kerusi belakang.

Namun, bermula dari varian 1.3L Standard AT, ia mendapat penambahan ciri standard seperti kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) dan juga Bantuan Mula Mendaki, di mana kesemua ciri tersebut hanya ada pada model Premium AT sahaja.

 

4. Kemaskini terakhir sebelum Saga dapat generasi baharu.

Saga


Generasi ketiga Proton Saga telah pun berada di pasaran sejak tahun 2016 lagi, dan sudah sampai masa untuk Proton menggantikan Saga dengan model yang lebih moden dan baharu.

Difahamkan, model serba baharu Saga bakal muncul pada tahun 2023/2024.

Sumber: Paultan
Sumber gambar: Putra Kamrin Azran

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…