DOMESTIK Malaysia – antara 20 negara di dunia dengan jalanraya paling bahaya

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengeluarkan laporan Jenayah dan Keselamatan Malaysia 2017 khusus untuk rakyatnya yang mahu datang ke Malaysia.

Senarai amaran tersebut termasuklah keterangan yang menyatakan Malaysia adalah antara 20 negara paling merbahaya untuk pengguna kenderaan di jalanraya.

OSAC logo careta

Di bawah ialah terjemahan laporan keselamatan jalanraya oleh Biro Keselamatan Diplomatik Amerika Syarikat.

Pengangkutan – Isu Keselamatan

  • Keselamatan jalanraya di Malaysia ialah satu masalah yang nyata wujud.
  • Untuk tahun 2016, lebih dari 7,150 kematian akibat kemalangan jalanraya dilaporkan, iaitu 19.5 kematian sehari.
  • Ini meletakkan Malaysia di dalam 20 negara paling merbahaya untuk pengguna kenderaan di jalanraya.
  • Motosikal adalah penyumbang utama kepada permasalahan ini akibat perangai penunggang yang suka menyelit di antara kenderaan, menunggang melawan arus dan melanggar lampu merah.

traffic-light

  • Tabiat itu memberikan risiko kemalangan kepada pengguna kenderaan lain seperti kereta dan juga kepada pejalan kaki. Pemandu kenderaan perlu memberikan isyarat membelok untuk memastikan mereka tidak dilanggar oleh motosikal.
  • Dari segi undang-undang, penumpang kenderaan perlu menggunakan talipinggang keledar dan pemandu tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, kecuali jika ada alat handsfree.
  • Pergerakan trafik ialah di laluan sebelah kiri dan membelok ke kiri di lampu merah tidak dibenarkan, kecuali jika ada papan tanda yang membenarkannya.

trafik general

  • Perangai pemandu Malaysia mungkin sukar untuk difahami. Mereka mampu menjadi agresif dan tidak mahu mengalah, tetapi mereka tidak mahu menggunakan hon ataupun marah akibat tindakan pengguna lain yang agresif.
  • Namun ia akan bertukar menjadi satu situasi yang tegang jika seorang pemandu menggunakan hon untuk memarahi pemandu lain, atau membuat tindakan negatif lain (menggunakan bahasa isyarat mungkin).

BiKE (191 of 220) copy

  • Masalah di atas sering terjadi dengan motosikal (suasana tegang kerana penggunaan hon). Kes “road rage” atau Keganasan Jalanraya semakin meningkat dan sekiranya anda terbabit di dalam kemalangan, elakkan dari melawan dan jika diugut, tinggalkan lokasi kejadian dan laporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam.
  • Undang-undang larangan memandu ketika mabuk sangat kuat dan membawa hukuman serius. Pemeriksaan polis untuk pemandu mabuk dilakukan oleh polis di pusat-pusat hiburan yang sering dikunjungi pelancong asing atau ‘expats”. Semua pemandu perlu melakukan ujian alkohol (breath test) dan sekiranya gagal dalam ujian tersebut, anda akan ditangkap.
  • Pengunjung harus berhati-hati dengan keadaan trafik yang sesak di bandar-bandar utama dan banjir kilat boleh berlaku ketika musim tengkujuh akibat kekurangan infrastruktur dan perparitan.

Careta Teksi

Keadaan pengangkutan awam Malaysia

  • Kemalangan serius dan kemalangan maut yang melibatkan bas ekspres memang pernah berlaku di Malaysia, terutama dengan bas ekspres di sebelah malam dan di dalam cuaca buruk.
  • Jika anda mahu menggunakan khidmat bas ekspres, gunakan bas dari syarikat yang popular dan elakan menaiki bas ekspres di sebelah malam.
  • Teksi tidak dibenarkan mengambil penumpang tambahan (bermakna ia tidak boleh memaksa anda berkongsi dengan penumpang lain).
  • Ada sesetengan pemandu teksi, terutama di kawasan pelancongan, yang tidak mahu menggunakan meter walaupun mereka tahu undang-undang mewajibkannya.
  • Pemandu teksi di Kuala Lumpur pernah terbabit di dalam jenayah kejam terhadap pelancong luar negara dan juga terhadap penumpang tempatan.
  • Wanita yang berseorangan dinasihatkan menggunakan perkhidmatan teksi secara talian dan tidak menahan teksi di tepi jalanraya (terutama di sebelah malam).
  • Sebelum memasuki teksi, pastikan ada lesen teksi terpampang di papan pemuka teksi atau di bahagian tempat duduk belakang. Gambar di lesen perlu sama dengan muka pemandu.
  • Sebarang masalah perlu diadukan kepada SPAD di +6180-088-7723, [email protected] or www.spad.gov.my.
  • Perkhidmatan Uber dan Grab adalah selamat secara umumnya.

Untuk membaca laporan sepenuhnya, sila lawati pautan ini –https://www.osac.gov/Pages/ContentReportDetails.aspx?cid=21370

Berita Berkenaan

Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Global
Jabatan Polis Baltimore dalam satu kenyataan "Saya boleh mengesahkan pada 1:35 pagi, polis…
Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…