Dominasi EV lokal meningkat, jenama Jepun berdepan masalah besar di China

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif Jepun kini menghadapi masalah penurunan angka jualan di Tanah Besar China, disebabkan dominasi kenderaan elektrik yang dijual oleh syarikat tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut data yang diperoleh, jumlah jualan tahun-ke-tahun bagi jenama Jepun menurun sebanyak 32 peratus pada suku pertama 2023 (Q1 2023).
 

byd


Secara keseluruhan, jenama Jepun kini menguasai hanya 18 peratus jualan kenderaan baharu, menurun 20 peratus daripada tahun 2022, 22 peratus daripada tahun 2021 dan 24 peratus daripada tahun 2020.

Sepanjang tempoh yang sama, Toyota dan Lexus mencatatkan penurunan sebanyak 14.5 peratus, diikuti Honda (38.2%), Nissan (48.2%) dan Mazda (66.5%).
 

huawei


Mitsubishi pula baru-baru ini mengumumkan mereka terpaksa menghentikan sementara pengeluaran model Outlander selama tiga bulan disebabkan jualan yang perlahan di sana.

Ketua eksekutif Honda Toshihiro Mibe memberitahu Reuters, mereka mengakui pesaing dari China “kini berada jauh di depan berbanding apa yang dijangkakan” terutama di dalam teknologi perisian.
 

BYD


Berbanding syarikat China yang pantas menawarkan barisan kenderaan elektrik dan plug-in hybrid, syarikat Jepun pula dilihat agak perlahan untuk melakukan perkara yang sama.

Peralihan negara tersebut ke arah kenderaan elektrik adalah cukup pantas di mana pada tahun lepas, Nissan Silphy yang menjadi kenderaan paling laris di China untuk tempoh tiga tahun telah berjaya dipintas oleh model plug-in hybrid BYD Song.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 4,046 helai baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan jenama Givi disita dan nilai…
Berita Global
Hyundai Motor akan memanggil semula 273,643 daripada lima model kenderaannya, termasuk G80, untuk…
Sukan Bermotor
Disifatkan sebagai pantas, berbakat dan progressif itu, bintang muda yang sedang meningkat naik itu…