Domo Transmisi - Bengkel pakar dengan kerjasama antara Doktor Mobil dan JV Auto Lube

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat dari Indonesia, Doktor Mobil baru-baru ini telah bekerjasama dengan syarikat Malaysia iaitu JV Auto Lube untuk merasmikan Domo Transmisi, dimana ianya bengkel yang memfokuskan pada pembaikan transmisi automatik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengasas Doktor Mobil, Lung Lung berkata, "Masalah transmisi adalah yang paling rumit. Jika dibandingkan dengan skala 1-10, transmisi berada di kesukaran 10. Jadi ia memerlukan perhatian khusus dan juga pengendalian khas untuk pembaikan,"

"Buat masa ini kami baru sahaja menghantar beberapa juruteknik terbaik kami untuk mengkaji transmisi di Malaysia, dan kami akan menempatkan juruteknik ini ke semua cawangan Doktor Mobil di Indonesia,"

 

2

 

Sebelum ini juga, Doktor Mobil telah memfokuskan pada pembaikan sistem penghawa dingin dan enjin kereta, jadi kerjasama dengan JV Auto Lube itu dapat melebarkan lagi kepakaran mereka.

Perkhidmatan Domo Tranmisi itu akan mula ditawarkan untuk bengkel Doktor Mobil di kawasan Jabodetabek, dan akan ditawarkan secara berperingkat ke semua cawangannya di seluruh Indonesia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JV Auto Lube, Zaidi Mohamed turut berkata, "Budaya dan watak kereta di Indonesia dan Malaysia agak serupa. Bahagian pasaran juga hampir serupa, oleh itu, kami yakin kami akan berjaya di sini".