Drift di bulatan, pemandu UK dikenakan larangan memandu 15 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu berusia 26 tahun dari Swindon, UK dijatuhkan hukuman larangan memandu selama 15 bulan kerana didapati bersalah melakukan aksi drift di bulatan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menerusi rakaman video, Daniel Bassett dikesan memandu sebuah Lexus IS generasi pertama sebelum membuat aksi berbahaya tersebut di bulatan pada 7 Mei yang lalu.

Walaupun aksi tersebut tidak sampai satu minit lamanya, ia sudah cukup untuk menjadi bukti kesalahan memandu.

 


Daniel akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan memandu secara berbahaya, dan dikenakan hukuman yang berat.

Menurut laporan, Daniel hilang kelayakan memandu selama 15 bulan dan perlu mengambil semula ujian memandu lanjutan sebelum larangan tersebut ditarik balik.

Selain itu, pemandu IS itu juga perlu melengkapkan kerja tanpa gaji selama 200 jam, menghadiri temujanji rehabilisasi, menyertai apa jua aktiviti yang diperlukan sehingga 15 hari, serta perlu membayar kos mahkamah £85 (RM466.65) dan surcaj £95 (RM521.55).

Sumber: FB Swindon Police

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat…
Berita Global
Bukanlah perkara baharu, namun istimewanya Civic EK tersebut ialah penggunaan kebanyakan komponen…
Berita Global
Menjadi seorang yang memiliki kelainan upaya pada masa kini bukanlah suatu penghalang bagi mencapai…