Menjadi seorang yang memiliki kelainan upaya pada masa kini bukanlah suatu penghalang bagi mencapai sesuatu impian dan cita-cita diingini. Seperti lelaki daripada Poland, Bartosz Ostalowski, mempunyai kekurangan bukan penghalang untuk dia menjadi seorang drifter profesional .
Ostalowski kehilangan kedua tangannya pada tahun 2006 akibat kemalangan motosikal yang mengerikan. Tetapi itu tidak menghalangnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang pemandu drift profesional.
Walaupun tiada kedua tangan, baru-baru ini dia berjaya mencatatkan rekod Guinness World Record dengan melakukan drift terpantas hanya menggunakan kaki untuk mengemudi.
Ostalowski berjaya mencatat rekod itu pada 30 September 2022 bertempat di Pila Airport, Poland, menggunakan jentera BMW E92 M3 yang sudah dimodifikasi untuk kegunaan drift.
BMW E92 M3 itu dikuasakan oleh enjin V8 LS3 7.0 liter menghasilkan 1,000 hp dan 1,280 Nm, ianya dipadankan dengan transmisi ZF 8 kelajuan dan penukaran gear dilakukan oleh Ostalowski menggunakan abah-abah yang disambungkan pada bahu kanannya.
Ostalowski berjaya mengekalkan kelajuan 143.9 mph (239.66 km/j) pada zon pengukur bersaiz 50 meter, dia menghasilkan drift maksimum dengan sudut 60 darjah. Ostalowski percaya bahawa perkataan mustahil tidak wujud dan ia hanya wujud dalam fikiran.
Sumber: Motor1.com
Penulis: Ahmad Danial Yasin