Projek super dron AZ1000 yang dihasilkan oleh Arase Aizawa Aerospatiale LLC itu diperlihatkan secara rasmi pada acara pameran Fifth Nagoya Robodex di Jepun.
Enjin GSX-R1000 telah dipilih disebabkan mampu menghasilkan output yang tinggi, serta lebih ringan berbanding enjin lain.
Dron kuadkopter itu memiliki dimensi sepanjang tiga meter dengan ketinggian cuma satu meter sahaja.
Tangki bahan api sebesar 55 liter itu membolehkan dron seberat 110 kg ini terbang selama enam jam, atau dua jam lebih jika membawa muatan maksimum 150 kg.
Menurut Arase, beliau mahukan dron berenjin motosikal ini memainkan peranan penting di dalam perkhidmatan kecemasan, dengan keupayaan beroperasi jauh lebih lama berbanding dron berkuasa elektrik yang ada di pasaran.