Dua beradik maut kereta dirempuh treler

oleh Hamimah Hamid|
DUA beradik maut selepas kereta dipandu bapa mereka dirempuh sebuah treler dari arah belakang di Kilometer 310.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kampar, awal pagi tadi.

Mangsa, Nurqalesya Adriana Jaafar, 12 tahun maut di lokasi kejadian manakala adiknya Muhammad Saiful Amry, 9 tahun meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Tapah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian sekitar pukul 2.30 pagi itu turut menyebabkan bapa mereka, Jaafar Ahmad,49, cedera di kaki sementara duq beradik yang lain masing-masing berusia 14 dan enam tahun cedera ringan.

Seorang wanita berusia 24 tahun iaitu tunang kepada ayah mereka yang turut berada dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Supritendan Mohamad Nazri, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Iswara dipandu Jaafar telah merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di hadapan menyebabkan kereta itu mati enjin.

"Pada masa sama, sebuah treler lain datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta terbabit.

"Kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di keseluruhan bahagian hadapan dan belakang," katanya.

Supritendan Mohamad Nazri berkata, polis kini sedang mengesan sebuah lagi lori yang terlibat dalam kejadian itu kerana ketika kejadian kenderaan berat berkenaan meneruskan perjalanan berkemungkinan tidak sedar akan kejadian.

katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lori yg melanggar

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.