Dua Fasiliti BMW i Charging Baharu Diperkenalkan Di The Datai Langkawi

oleh Penyumbang Rencana 2|
BMW Group Malaysia, bersama Tian Siang Premium Auto terus mengembangkan dua lagi fasiliti BMW i Charging baharu di The Datai Langkawi, sekali gus meluaskan lagi ketersediaan infrastruktur pengecasan di pulau tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Group Malaysia percaya bahawa kelestarian merupakan tanggungjawab bersama. Sementara kami terus merealisasikan visi mobiliti karbon neutral kami di Malaysia melalui kenderaan elektrik premium BMW i serta rangkaian BMW i Charging kami yang kian berkembang. 
 

BMW i


Usaha sama ini menekankan komitmen BMW Group Malaysia untuk membekalkan pengalaman pemilikan elektrik bertaraf premium kepada semua pemilik kenderaan elektrik (EV) di Malaysia

Pengarah Urusan Tian Siang Premium Autom, Tan Ka Kin berkata, “Dengan dua fasiliti BMW i Charging baharu ini, kini kami sedang menguasakan 12 fasiliti pengecasan premium di rantau utara Malaysia dan memperluaskan lagi akses ini di lokasi-lokasi utama luar Lembah Klang.
 

BM Wi


Langkah ini memberi lagi keyakinan bahawa permintaan ke atas EV di rantau ini akan terus meningkat dan akan dibekalkan ‘Sheer Electric Driving Pleasure’ seperti yang dijanjikan buat para pelanggan.

Bagi menggiatkan lagi penerimaan mobiliti elektrik di pulau tersebut, pengunjung The Datai Langkawi boleh menikmati sendiri BMW iX menerusi pandu uji yang disediakan untuk tempoh terhad.
 

BMW i


Lokasi dua fasiliti BMW i Charging baharu ini juga terletak berhampiran pintu masuk resort tersebut untuk diakses oleh para tetamu.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Sebagai langkah permulaan kerjasama tersebut, pengecas dari JomCharge, Gentari dan chargEV kini…
Berita Domestik
Penambahbaikan baharu itu menekankan lagi komitmen Sime Darby terhadap alam sekitar, dimana ia…