Dua guru maut, pemandu BMW di bawah pengaruh alkohol hilang kawalan rempuh Myvi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Utusan Online
Ujian pernafasan ke atas pemandu kereta BMW yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Sungai Lokan di Kepala Batas, awal pagi Sabtu, mendapati kandungan alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, pemandu lelaki berusia 46 tahun itu telah ditahan dan direman pada pagi Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ujian pernafasan dijalankan ke atas pemandu itu menggunakan alat EBA-II mendapati paras alkohol melebihi paras yang dibenarkan. Dia direman untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Hafizi Mohamad di talian 011-26967676," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas mengenai kemalangan tersebut, Siti Nor Salawati berkata, kejadian berlaku ketika kereta BMW tersebut datang dari arah Sungai Lokan, Butterworth menghala ke Kepala Batas bertembung dengan Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki dari arah bertentangan.

"Dipercayai apabila sampai di lokasi kemalangan, pemandu BMW telah hilang kawalan lalu bertembung dengan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua lelaki yang juga guru maut di lokasi kejadian," katanya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peratusan itu diperoleh daripada 40 kes…
Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…