Dua juta pengguna bakal nikmati laluan tanpa tol LTU yang dijangka siap 2026

oleh Penyumbang Rencana|
Seramai dua juta pengguna dijangka dapat menikmati perjalanan tanpa tol melalui Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali Central Spine Road (CSR) terutamanya pada musim perayaan, apabila lebuh raya itu siap pada 2026.


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata selain tiada tol, lebuh raya itu membantu mempercepatkan tempoh perjalanan dari ibu negara ke Kelantan yang turut menjimatkan kos bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Lebuh raya ini pastinya memberi kelebihan kepada mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan dan pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung pada musim perayaan.

 

LTU juga akan menjadi alat perdagangan pelabuhan darat iaitu peniaga dapat membawa barang perniagaan mereka dari Kelantan ke Pelabuhan Klang dalam waktu singkat," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di LTU Seksyen 3J di Kuala Lipis pada Khamis.

 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Datuk Zulkipli Nasri yang menjalankan tugas sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) (Sektor Infra).

 

LTU merupakan salah satu projek berimpak besar di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300 kilometer (km) dengan peruntukan sebanyak RM10 billion.

 

Seksyen 3J antara lain melibatkan skop kerja pembinaan jalan baharu berkembar empat lorong dua hala sepanjang 6.95 km dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong di sini dan pembinaan lima jambatan yang dijangka siap pada Julai 2024.

 

Abdul Rahman berkata walaupun dilaporkan terdapat kelewatan pembinaan di beberapa lokasi LTU, pihak KKR akan melakukan kajian bagi membuka sebahagian laluan yang telah siap secara lencongan bagi kemudahan orang ramai.

 

"Kita sedia maklum terdapat kelewatan akibat beberapa faktor seperti hujan pada musim monsun, kekurangan pekerja asing, keperluan bahan import bagi tujuan pembinaan dan isu pembayaran pampasan tanah.

 

Bagaimanapun, banyak bahagian yang telah siap dan KKR cuba membukanya secara sementara untuk digunakan khususnya pada musim perayaan setelah kajian keselamatan dilakukan," katanya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan menggunakan jadual…
Berita Domestik
  "JPJ Negeri Sembilan antara yang terawal melaksanakan penguatkuasaan menggunakan dron. "Kali…
Informasi
Menerusi video TikTok yang dimuat @This.Qied, kelihatan nota tersebut menyatakan bahawa pemandu…